CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »


Counters
sukosensei

CROSSWORD PUZZLE BY SUKOSENSEI

SEJARAH MALAYSIA

SEJARAH MALAYSIA

SUKOSENSEI

This interactive crossword puzzle requires JavaScript and a reasonably recent web browser, such as Internet Explorer 5.5 or later, Netscape 7, Mozilla, Firefox, or Safari. If you have disabled web page scripting, please re-enable it and refresh the page. If this web page is saved to your computer, you may need to click the yellow Information Bar at the top of the page to allow the puzzle to load.

SUKOSENSEI CHAT ROOM

Wednesday, October 14, 2009

Bincangkan bagaimana kuasa raja-raja Melayu diperkukuhkan sebagai kuasa yang tertinggi dalam sistem politik Melayu sebelum kedatangan British.



SOALAN 1 : Bincangkan bagaimana kuasa raja-raja Melayu diperkukuhkan sebagai kuasa yang tertinggi dalam sistem politik Melayu sebelum kedatangan British.

PENDAHULUAN

Sistem politik Melayu tradisional sebelum kedatangan Barat dibahagikan kepada dua iaitu golongan pemerintah yang terdiri daripada sultan dan pembesar serta golongan yang diperintah terdiri daripada rakyat dan hamba.Golongan pemerintah terutamanya sultan mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan aspek politik, ekonomi dan sosial di dalam pemerintahan.

HANTARKAN JAWAPAN ANDA KE suko2020@gmail.com

selamat menjawab

Monday, August 17, 2009

DASAR LUAR NEGARA





Dasar luar negara ditentukan mengikut keadaan politik, ekonomi,agama , budaya dan sosial masyarakat serta kedudukan demografi kependudukan. Berdasarkan perkembangan tertentu terangkan perkembangan dasar luar Malaysia dari tahun 1957 hingga 2003.
Perbincangan ini harus mengambil kira perkara-perkara berikut:



i. Faktor yang menentukan dasar luar negara
ii. bentuk dan sistem pemerintahan yang diamalkan pada masa itu
iii. perkara-perkara lain yang membawa kepada perubahan dalam dasar luar negara.

Monday, May 4, 2009

FORUM MINGGU INI




Malaysia adalah salah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen iaitu kerajaannya dipilih oleh rakyat daripada kalangan rakyat dan bertanggungjawab kepada rakyat. Selepas merdeka 1957, sistem pemerintahan di Tanah Melayu berdasarkan konsep demokrasi berparlimen. Rakyat akan memilih pemimpin atau kerajaan melalui pilihanraya.

BINCANGKAN SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN YANG DIAMALKAN DI MALAYSIA HINGGA TAHUN 1963.

HANTARKAN PENDAPAT ANDA KEPADA email: suko2020@yahoo.co.uk

Tuesday, April 7, 2009

TAJUK FORUM : MEIJI RESTORATION


Translations
Possible translations of “ee ja nai ka,” in Wilson, George M. Patriots and Redeemers: Motives in the Meiji Restoration. Chicago and London: University of Chicago Press, 1992, p. 98.

- Why not?

- Isn’t it so?

- So no?

- Isn’t it good?

- That’s right?

- What the hell?

- No more bullshit?

- Go right on.

Ee ja nai ka chants cited by Wilson, pp. 103 and 105.

Nishi kara chôchô ga tonde kite, Butterflies come in from the west,
Kôbe no hama ni kane nuite, Attracted to money in Kobe’s harbor,
Ei ja nai ka, ei ja nai ka! Ei ja nai ka, ei ja nai ka!

Nipponkoku e wa kami ga furu, The gods will descend to Japan,
Tôjin yashiki nya ishi ga furu, While rocks fall on the foreigners in their residencies,
Ee ja nai ka, ee ja nai ka! Ee ja nai ka, ee ja nai ka! Ee ja nai ka, ee ja nai ka! Ee ja nai ka, ee ja nai ka!


Sari totewa, osoroshii toshi, uchiwasure,
But, then, it was frightfully bad year (1866) and best forgotten.
Kami no okage de odori, e ja nai ka, Thanks to the kami we shall dance, right? Right, right on.
Nipponkoku no yonaori wa ee ja nai ka, Remaking the world of Japan is right, too, no? Yes. Go for it!
Hônen odori wa medetai. Congratulations are due on the good fortune of a bountiful harvest, so let’s dance on it.

BERDASARKAN GAMBAR DAN TERJERMAHAN YANG DIBERIKAN.

Apakah pendapat anda berkaitan demgam Pemulihan Meiji dan apakah persamaannya dengan usaha pemulihan yang diadakan di Malaysia hari ini?

Wednesday, March 18, 2009

ASAL USUL NAMA SESUATU TEMPAT


Dalam catatan sejarah pengembara zaman dahulu, pelbagai nama telah diberikan kepada Pahang.Daripada unsur Arab dan Eropah, Pahang pernah disebut sebagai ‘Pam’, ‘Pan’, ‘Paam’, ‘Paon’, ‘Phaan’, ‘Phang’, ‘Pahan’, ‘Phaun’ atau ‘Pahangh’. Dalam catatan Cina pula, mereka menyebut Pahang sebagai ‘Pan-Pan’, ‘Peng Keng’, ‘Peng-Feng’, ‘Pang Hang’ atau ‘Fong-Fong’. Dalam bahasa Khmer perkataan Pahang disebut ‘timah’. Dalam Hikayat Hang Tuah dan lain-lain catatan lama, Pahang dirujuk sebagai ‘Indera Pura’ dan ibu negerinya ialah Pekan.

Menurut cerita rakyat tempatan, asal usul nama Pahang diperolehi daripada nama sebatang pokok mahang yang amat besar, dikatakan tumbuh di tebing Sungai Pahang. Oleh kerana pokok itu amat besar sehingga nampak dari Laut China Selatan dan menjadi pedoman kepada lanun-lanun di laut untuk merompak penduduk negeri itu.Bagi tujuan keselamatan pemerintah Pahang ketika itu telah mengarahkan pokok itu ditebang. Akhirnya seramai tujuh orang batin Orang Asli telah sanggup untuk menebang pokok itu. Setelah pokok itu tumbang, ketujuh-tujuh orang batin tersebut meninggal dunia.

Menurut cerita, ketujuh-tujuh orang batin itu mengambil masa tujuh hari tujuh malam untuk menumbangkan pokok raksasa itu. Setelah tumbang, pangkal pokok mahang itu dikatakan dapat memuatkan sebanyak 40 hidangan. Daripada peristiwa itu, sungai yang mengalir berhampiran dengan pokok itu dinamakan Sungai Mahang dan negerinya pula dinamakan Mahang. Tetapi lama-kelamaan sebutan itu bertukar menjadi Pahang dan kekal sehingga hari ini.

Rujukan

1.Mohamed Roselan Abdul Malek. Negeri Pahang Darul Makmur. Petaling Jaya:Oscar Book International, 1998.
2.http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Negeri_Pahang

Bagaimana pula dengan asal usul nama tempat tinggal anda, kampung saya, bandar, mukim, negeri dan sebagainya selamat mencuba. Tentu menarik untuk dikongsi dan dibincangkan. Itulah tajuk forum kita minggu ini. Kalau anda ada maklumat dan bahan sejarah yang menarik boleh dikongsi bersama. Terima Kasih

Tuesday, January 20, 2009

SOALAN 2


Kedatangan Islam ke Alam Melayu haruslah ditanggapi sebagai zaman baru dalam pensejarahan rantau ini. Islam telah membawa semangat intelektualisme yang sangat besar, bukan sahaja di kalangan masyarakat atasan malah di kalangan rakyat juga.
Syed Muhammad Naquib al-Attas
dalam “Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu”


(a) Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan tidak formal ?

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
[2 markah]

(b) Sebutkan kaedah yang digunakan oleh masyarakat Melayu untuk menyampaikan pengajaran tidak formal.

i. ……………………………………………………………………………………………………………………………………..

ii. ………………………………………………………………………………………………………………………………………

iii. ………………………………………………………………………………………………………………………………………
[3 markah]

(c) Senaraikan peranan istana sebagai pusat pendidikan formal.

i. ……………………………………………………………………………………………………………………………………..

ii. ………………………………………………………………………………………………………………………………………
[2 markah]

(d) Berikan ciri-ciri sistem pendidikan pondok.

i. ……………………………………………………………………………………………………………………………………..

ii. ………………………………………………………………………………………………………………………………………

iii. ………………………………………………………………………………………………………………………………………
[3 markah]

LATIHAN ULANGKAJI 2009

Salah satu bentuk kerajaan dalam tamadun awal di Asia Tenggara dikenali sebagai kerajaan maritim kerana berasaskan aspek kedudukan geografi dan sosioekonominya

(a) Sebutkan dua jenis pelabuhan yang wujud di Asia Tenggara pada zaman tamadun awal.

i. ……………………………………………………………………………………………………………………………………..

ii. ………………………………………………………………………………………………………………………………………
[2 markah]

(b) Nyatakan ciri-ciri salah satu pelabuhan yang disebut dalam (a).

i. ……………………………………………………………………………………………………………………………………..

ii. ………………………………………………………………………………………………………………………………………
[2 markah]

(c) Nyatakan faktor-faktor yang membantu perkembangan pelabuhan
Kedah Tua.

i. ……………………………………………………………………………………………………………………………………..

ii. ………………………………………………………………………………………………………………………………………

iii. ………………………………………………………………………………………………………………………………………
[3 markah]

(d) Pada pendapat anda, mengapakah orang Melayu berjaya menjadi pelaut, pedagang dan peneroka yang terulung di Asia Tenggara pada zaman tamadun awal ?

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
[3 markah]