CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »


Counters
sukosensei

CROSSWORD PUZZLE BY SUKOSENSEI

SEJARAH MALAYSIA

SEJARAH MALAYSIA

SUKOSENSEI

This interactive crossword puzzle requires JavaScript and a reasonably recent web browser, such as Internet Explorer 5.5 or later, Netscape 7, Mozilla, Firefox, or Safari. If you have disabled web page scripting, please re-enable it and refresh the page. If this web page is saved to your computer, you may need to click the yellow Information Bar at the top of the page to allow the puzzle to load.

SUKOSENSEI CHAT ROOM

Wednesday, March 18, 2009

ASAL USUL NAMA SESUATU TEMPAT


Dalam catatan sejarah pengembara zaman dahulu, pelbagai nama telah diberikan kepada Pahang.Daripada unsur Arab dan Eropah, Pahang pernah disebut sebagai ‘Pam’, ‘Pan’, ‘Paam’, ‘Paon’, ‘Phaan’, ‘Phang’, ‘Pahan’, ‘Phaun’ atau ‘Pahangh’. Dalam catatan Cina pula, mereka menyebut Pahang sebagai ‘Pan-Pan’, ‘Peng Keng’, ‘Peng-Feng’, ‘Pang Hang’ atau ‘Fong-Fong’. Dalam bahasa Khmer perkataan Pahang disebut ‘timah’. Dalam Hikayat Hang Tuah dan lain-lain catatan lama, Pahang dirujuk sebagai ‘Indera Pura’ dan ibu negerinya ialah Pekan.

Menurut cerita rakyat tempatan, asal usul nama Pahang diperolehi daripada nama sebatang pokok mahang yang amat besar, dikatakan tumbuh di tebing Sungai Pahang. Oleh kerana pokok itu amat besar sehingga nampak dari Laut China Selatan dan menjadi pedoman kepada lanun-lanun di laut untuk merompak penduduk negeri itu.Bagi tujuan keselamatan pemerintah Pahang ketika itu telah mengarahkan pokok itu ditebang. Akhirnya seramai tujuh orang batin Orang Asli telah sanggup untuk menebang pokok itu. Setelah pokok itu tumbang, ketujuh-tujuh orang batin tersebut meninggal dunia.

Menurut cerita, ketujuh-tujuh orang batin itu mengambil masa tujuh hari tujuh malam untuk menumbangkan pokok raksasa itu. Setelah tumbang, pangkal pokok mahang itu dikatakan dapat memuatkan sebanyak 40 hidangan. Daripada peristiwa itu, sungai yang mengalir berhampiran dengan pokok itu dinamakan Sungai Mahang dan negerinya pula dinamakan Mahang. Tetapi lama-kelamaan sebutan itu bertukar menjadi Pahang dan kekal sehingga hari ini.

Rujukan

1.Mohamed Roselan Abdul Malek. Negeri Pahang Darul Makmur. Petaling Jaya:Oscar Book International, 1998.
2.http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Negeri_Pahang

Bagaimana pula dengan asal usul nama tempat tinggal anda, kampung saya, bandar, mukim, negeri dan sebagainya selamat mencuba. Tentu menarik untuk dikongsi dan dibincangkan. Itulah tajuk forum kita minggu ini. Kalau anda ada maklumat dan bahan sejarah yang menarik boleh dikongsi bersama. Terima Kasih

0 comments: